BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, September 12, 2009

CITA-CITA

Kata Rasullulah yang diriwayat Al-Qattab daripada Anas :
" Cita-cita adalah rahmat Allah kepada umatku. Kalaulah tidak kerana cita-cita, sudah tentu seorang ibu tidak sanggup menyusukan anaknya dan petani tidak menanam pokok "

Sunday, September 6, 2009

Ice Cream


Yuk nikmati ais krim sebelum ianya cair...
Seperti kehidupan ini...
Ia perlu dinikmati sebelum ianya berakhir.

Saturday, September 5, 2009

JOM MENIKMATI KEHIDUPAN...


Sekumpulan alumni mengadakan perjumpaan di rumah professor yang mengajar mereka ketika di universiti dahulu. Mereka berbual-bual dalam berbagai topik dan perbualan itu bertukar kepada rasa "stress" atau tekanan yang mereka hadapi di tempat kerja ataupun kehidupan mereka. Professor tersebut kemudiannya masuk ke dapur dan kembali semula dengan sebuah teko besar berisi kopi dan bermacam jenis cawan dan gelas. Ada yang diperbuat daripada porcelain, plastik, kaca dan kristal. Ada yang kelihatan biasa dan ada yang kelihatan mahal. Professor itu menyuruh mereka menuang sendiri kopi tersebut ke dalam cawan yang mereka sendiri pilih. Setelah semua anak muridnya mengambil kopi masing-masing, profesor itu berkata :
" Jika anda semua perasan, semua cawan yang cantik dan mahal telah diambil, yang tinggal hanyalah cawan biasa dan kelihatan murah. Adalah suatu yang normal anda semua mahukan yang terbaik dalam hidup tetapi itulah punca kepada masalah dan stres yang anda semua hadapi".
" Apa yang sebenar anda perlukan adalah kopi, bukan cawannya tetap anda sendiri telah memilih untuk mengambil cawan yang terbaik. Dan lebih teruk daripada itu, anda memerhatikan cawan yang diambil oleh orang lain."
Kehidupan adalah kopi. Kerjaya, wang dan kedudukan anda dalam masyarakat adalah cawan tersebut. Cawan hanyalah alat untuk mengisi kandungannya iaitu kehidupan. Kehidupan tidak berubah hanya alatnya yang berubah. Kadangkala kita terlalu fokus kepada cawan yang kita pegang hingga kita gagal untuk menikmati kopinya. =)


CHERISH TODAY...


Everyday we awaken with another chance of life...
Sometimes we forget how lucky we are
And we often forget to appreciate the little things around us...
Here's poem I wish to share with all of u
Thanks for being a part of this wonderful group...

Too often we don't realize what we have until it is gone;
Too often we wait too late to say " I'm sorry- I was wrong"...
Sometimes it seem we hurt the ones we hold dearest to our hearts;
And we allow foolish things to tear our lives apart


Far too many times we let unimportant things into our minds;
And then it's usually too late to see what made us blind..
So be sure that you let people know how much they mean to you.
Take that time to say the words before your time is through.

Be sure that you appreciate everything you've got,
And be thankful for the little things in life that mean a lot...

Cherish Today..
Yesterday is but a dream,
Tomorrow a vision of hope,
Look to this day for it is LIFE...


Saturday, August 15, 2009

Marvelous Nasi Kerabu

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sensei saje nak berkongsi pengalaman pagi tadi gi breakfast kat Kangkar Tebrau Johor... Gerai Suriyati. Ni first time breakfast jauh di hari minggu. Sensei nak juga rasa macam mana sodapnya nasi berlauk, nasi kerabu etc seperti yg diuar-uarkan oleh Kak Zie (teachermate sensei). Seawal jam 8 pagi, Kak Zie Brutal dah tercegat kat depan gate dengan panggilan 5 kali loceng... Huhu... Sape sangka sebrutal Minah ni, PUNCTUAL gak...Kelam kabut kami bersiap..Bertolak 8.05 pagi.. 10 minit perjalanan, dah sampai... Tertera nama Gerai Suriyati.Melihatkan lauk-pauk yang macam2 jenis, macam nak cekup semua jer...Macam-macam ada. Semua masakan Kelantan.Dengan customernya yang penuh ngn org kelate, mcik, pcik, kakak n abg yg menjual pun org kleate, design gerai pun sebijik macam style gerai2 kat kelate dan yang paling penting dialek bahsa KELATE masih dikekalkan....Serius rasa macam berada di Negeri Kelantan. Seawal jam 8.20, dah byk mknan dan kuih -muih yang hampir nak habis... Sensei memilih untuk order nasi kerabu, ayam goreng dan daging panggang serta minuman air teh o suam.. Masya-Allah, perghhhhh...sedak sungguh...Emmm... MARVELOUS ... Alhamdulillah... Terubat rindu untuk pulang ke kampung sendiri setelah 3 minggu tak balik2 nih. huhuhu... Maaflah sensei tak sempat nak ambik gambar nasi kerabu. Malu pun ada gak nak ambik gambar... maklumlah ramai bebenor umat manusia di sana.. Bila nak bayar, Sensei sekali lagi terkezut... RM4 semua sekali... Pergggh... Ini benar-benar berniaga ikut stye Nabi s.a.w.. MURAHHHHH da SODAPPP... Berbaloi-baloi... Kepada oghe2 kelate di luar sana, Sensei nak ucapkan selamat maju jaya dalam apa jua bidang bisnes yang anda ceburi... Memang benarlah kata sesetengah pihak, oghe2 Kelate meme panda nego. Capok lah mano2 pun.. (Tak tahu betul ke tak sebut nih) Sensei kagum sebenarnya dengan you all yang kuat berusaha... Lagi pun sensei ni ada jugak darah campuran alik kelate-Pantai Timur (Pahang, Terengganu dan Kelantan).heh heh...Sebenarnya semua orang pun boleh berjaya (bukan kelate ajer) dengan syarat ada high effort..Sj nak berkongsi dengan anda semua.. =)

Tuesday, July 28, 2009

Nihongo no Kurasu 2

Atarashi Kotoba 2


Namae : name

Shigoto : occupation

Sensei : teacher

Doomo : very much

*********

Doomo Arigatogozaimas : TQ very much

Liye, dooitashimashite : sama-sama

Onamae wa ? : what's your name?

Watashi no namae wa Zhy des : My name is Zhy

Oshigoto wa? : What is your occupation?

Watashi wa sensei des : I'm teacher

Tuesday, July 14, 2009

Happy Convocation Day!!!


Congratulations for all pre-graduate..


Believe..

Don't stop believing,

You're got to keep going,

Even if it's just for one more day...

You had the strength to come this far.

Let that accomplishment lead you on.

You really are strong,

and you have what it takes to finish what you started.

Believe in yourself...


Persediaan Menyambut Tetamu Special

Moshi moshi...

Sensei baru je balik usrah tadi... Ustz td ada citer pasal perlunya kite bersedia menyambut bulan Ramadhan yg akan dtg tak lama lagi... Ni lah yg sensei maksudkan tadi, tetamu special.. Kata ustz, Nabi s.a.w ada menyebut, ramai umat baginda terlepas pandang bulan Rejab..skrg nilah. pas tu dah nak maksud Syaaban. Banyakkan berpuasa sunat untuk bulan2 ni. Yuk kita berpuasa sunat Isnin Khamis.. Dah boleh mula latih la skrg ni. Ustz ada pesan gak tadi, perbetulkan bacaan solat, dah mula panaskan enjin untuk latih diri membaca Al-Quran. Tinggal nak masukkan gear 5 je bila dah hari pertama Ramadhan...Bila ustz citer pengalaman beliau semasa kat Mesir semasa bulan puasa, Sensei rasa kagum sangat. Bayangkan, suasana beribadat di sana sangat meriah dan macam berpesta. Sembahyang terawih dah 1 juzuk. Malam pertama Ramadhan dah start qiamulai.. takde tunggu 10 mlm terakhir..Ustz sana qiam dah baca 2 juzuk dan baca sendiri dah 1 juzuk...semua dalam satu hari 10 hari dah Khatam 1 Quran. Subhanaallah.. Sensei pun tak mampu nak buat mcam tu.. Ustz ada pesan gak tadi, jom sama2 kita sambut bulan Ramadhan nanti penuh dgn kemeriahan. Pecah rekod... Orang gantung belon untuk sambut hari jadi. Kita gantung belon sambut Tetamu Special ni.. nak cat umh, cat skrg. Dengan niat nak sambut Ramadhan... Selamat Berpesta Ibadah...

Tuesday, July 7, 2009

Nihongo no Kurasu

Hari ini, sensei akan ajar minasan (you all) yang berminat belajar bahasa Jepun...

Nihon = Jepun
Go = bahasa ( pronoun dia - gok)
Kurasu = kelas
* No = kurasu kepunyaan kepada nihongo. tapi ia tidak di sebut sebagai kepunyaan dalam maksud itu. Penggunaan grammer yang betul kena ada no itu . Ok?

Atarashi (Baru) Kotaba (Perkataan)

  1. Watashi : saya
  2. Anata : awak
  3. Minasan : you all
  4. Soredewa : ok
  5. Sensei : guru
  6. Genki : khabar
  7. Excuse me / sorry : sumi masen

Soredewa, sensei akan ajar cara membuat ayat untuk bertanya :

Ogenki des ka?

ogenki = apa khabar? ( untuk lebih polite, orang jepun menambahkan o semasa berucap tanya khabar..

des ka = untuk pertanyaan, kita perlu menggunakan des ka.

Jawapan :

  1. Untuk khabar baik = Hait, genki des
  2. Untuk khabar kurang sihat = Liye, genki dewa arimasen. (dewa arimasen = menunjukkan keadaan yang tidak bagus)

Soredewa, setakat ini dulu pelajaran kita hari ini...

Mata Aimashoo.. (Jumpa lagi)


Monday, June 22, 2009

What you give you get back...

Bukan hanya sebaris ayat tapi ia penuh bermakna...
Saya bukakan ruang untuk anda memberi cadangan, komen atau apa saje yang berkaitan dengan kata-kata ini..
Domo arigatoo...

Sunday, June 21, 2009

SELAMAT DATANG..

Assalamualaikum..
Dengan Lafaz Bismillah saya mulakan titipan kasih ini..