BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, September 5, 2009

JOM MENIKMATI KEHIDUPAN...


Sekumpulan alumni mengadakan perjumpaan di rumah professor yang mengajar mereka ketika di universiti dahulu. Mereka berbual-bual dalam berbagai topik dan perbualan itu bertukar kepada rasa "stress" atau tekanan yang mereka hadapi di tempat kerja ataupun kehidupan mereka. Professor tersebut kemudiannya masuk ke dapur dan kembali semula dengan sebuah teko besar berisi kopi dan bermacam jenis cawan dan gelas. Ada yang diperbuat daripada porcelain, plastik, kaca dan kristal. Ada yang kelihatan biasa dan ada yang kelihatan mahal. Professor itu menyuruh mereka menuang sendiri kopi tersebut ke dalam cawan yang mereka sendiri pilih. Setelah semua anak muridnya mengambil kopi masing-masing, profesor itu berkata :
" Jika anda semua perasan, semua cawan yang cantik dan mahal telah diambil, yang tinggal hanyalah cawan biasa dan kelihatan murah. Adalah suatu yang normal anda semua mahukan yang terbaik dalam hidup tetapi itulah punca kepada masalah dan stres yang anda semua hadapi".
" Apa yang sebenar anda perlukan adalah kopi, bukan cawannya tetap anda sendiri telah memilih untuk mengambil cawan yang terbaik. Dan lebih teruk daripada itu, anda memerhatikan cawan yang diambil oleh orang lain."
Kehidupan adalah kopi. Kerjaya, wang dan kedudukan anda dalam masyarakat adalah cawan tersebut. Cawan hanyalah alat untuk mengisi kandungannya iaitu kehidupan. Kehidupan tidak berubah hanya alatnya yang berubah. Kadangkala kita terlalu fokus kepada cawan yang kita pegang hingga kita gagal untuk menikmati kopinya. =)

0 comments: